Minyak Wangi popular malaysia

minyak wangi anda

Friday, 21 October 2016

SOAL JAWAB TENTANG MINYAK WANGI


SOAL JAWAB TENTANG MINYAK WANGI

Mesti di antara kita tertanya-tanya bagaimana kita hendak memilih minyak minyak wangi kan.?, 
Kalau dah beli..minyak wangi kita itu akan tahan lama atau tidak.?
dekat sini saya cuba jawab persoalan yang selalu pembeli akan tanyakan pada tuan kedai.

yang pertama;
mengapa minyak wangi yang sama jenis tetapi menghasilkan bau yang berlainan.

minyak wangi semua sama saja sebenarnya, tetapi bukan semua orang boleh memakai haruman yang sama. Ini di sebabkan setiap orang mengeluarkan hormon yang berbeza-beza. Faktor ini lah yang membuatkan tindak balas bau minyak wangi itu berlainan.
Korang perlu mencuba dulu minyak wangi yang hendak korang beli. Jangan di sebabkan kawan kita pakai bau wangi semerbak, kita pun sama hendak beli.

yang kedua;
Boleh atau tidak kita sembur minyak wangi pada badan yang berpeluh. 

minyak wangi tujuan untuk kita pakai sebab kita mahukan badan yang segar, wangi, selesa bila berdepan dengan orang kan..
bukan untuk sembur bila kita tengah berpeluh.. sebab jenis minyak wangi,,cologne,,atau bedak tidak memiliki kandungan zat untuk melenyapkan kuman yang ada badan kita.
oleh itu, jangan salah faham penggunaan minyak wangi ye.. 

yang ketiga; 
bagaimana cara penyimpanan minyak wangi yang betul.?
kalau korang jenis yang suka mengumpul minya wangi,, sis nasihatkan korang simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, suhu bilik biasa.
tidak salah pun kalau korang hendak menyimpan minyak wangi dalam almari..yang penting jangan terdedah dengan panas.

tapi korang kena ingat, minyak wangi pun tidak boleh dibiarkan terlalu lama ye..sebab minyak wangi ni kalau terlalu lama akan berubah warna sebab proses pengoksidaan.

yang ke empat ;
Mengapa ada minyak wangi yang tahan lebih lama dan ada yang sekejap saja baunya.?

ha...ni yang hendak kongsi ni..
banyak antara kita salah pilih kan.?, minyak wangi ni ada banyak jenis..

     1.EDP ( EU DE PARFUME)
     2.EDT (EU DE TOILETTE)
     3.EDC (EU DE COLOGNE)
     4.PERFUME   

nanti sis terangkan satu-satu dalam post seterusnya apa berbezaan semua ni ye..

yang ke lima;
minyak wangi ada TOP, MIDDLE AND BASE   
dari sini kita dapat menilai dan mengetahui minyak wangi jenis yang bagaimana perlu kita pilih. Mana yang sesuai dengan karakter dan keperibadian kita.

Top Notes atau dikenali head notes aromanya lebih ringan dan kesan bau cepat merebak. ini yang selalu kita bau semasa mula-mula kita mencium bau minyak wangi semasa hendak membeli.

Middle notes atau dikenali sebagai heart notes - akan dapat kita bau selepas bau top  notes hilang sedikit demi sedikit,. walaupun pada permulaan baunya kurang sedap, tapi lama kelamaan akan muncul aroma tersendiri yang sedap dan menyenangkan.

Base Notes - selepas aroma dari top notes dan middle notes menghilang secara beransur-ansur, akhir sekali base notes.
aroma ini yang akan kekal dekat badan kita, dan biasanya akan dapat kita bau dalam masa lebih kurang 30 minit.

jadi selepas ini, jangan terburu-buru hendak membeli minyak wangi ye...sebab kalau nak memilih yang betu-betul, mesti tunggu sekejap baru dapat aroma yang sebenar.  


semoga penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat untuk anda agar dapat  memilih haruman yang tepat dan sesuai mengikut karakter masing-masing.
Barulah tahap keyakinan tu tinggi..:)
 






No comments:

Post a Comment

About

Flickr