Minyak Wangi popular malaysia

minyak wangi anda

Saturday, 22 October 2016

PERBEZAAN ANTARA PERFUME, EDP, EDT DAN COLOGNE

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera...:).,
Apa kabar hari ini..?., di harapkan semua sihat la ye..:)

Semalam sis ada beritahu perbezaan minyak wangi kan..jadi hari ini sis terangkan satu persatu apa perbezaan jenis-jenis minyak wangi.

Minyak wangi datang dalam pelbagai bentuk dan mempunyai banyak nama-nama yang berbeza tetapi secara umumnya yang utama empat kategori adalah seperti berikut:
1. Perfume.
2. EDP (eau de perfume)
3.EDT (Eau de toilette)
4.Cologne.

PERFUME
       Minyak wangi yang anda lihat di kedai adalah bukan pati minyak wangi yang tulen. minyak wangi ni telah dicairkan. Walau bagaimanapun ia adalah yang paling pekat dari  semua pilihan wangian dan atas sebab itu ia adalah yang paling mahal.
Sifatnya sedikit berminyak dan biasanya akan mengandungi 15-40% ekstrak minyak wangi tulen. Kebiasaanyadijual dengan 'botol penyumbat' dan bukan jenis semburan.




EDP (EAU DE PERFUME)
       Menggunakan pati minyak wangi yang sama tetapi pati wangian dari jenis ini sudah pun bercampur dengan alkohol dan air. Ini bermakna bau yang di hasilkan lebih ringan dan biasanya tidak bertahan agak lama seperti perfume,
Tentang harga, sudah tentu lebih murah. Biasanya mengandungi 10-20% pati minyak wangi di Eau de Perfume. Minyak wangi ini mungkin akan dijual dalam botol biasa atau semburan.



EDT (EAU DE TOILETTE)
       Dijual dalam botol semburan. Kebiasaanya tidak terlalu banyak perbezaan dari segi bentuk dan pembungkusan di antara EDP dan EDT.
Tekstur yang lebih ringan dan lebih sesuai untuk semburan yang lebih banyak. Kandungan alkohol yang banyak dalam jenis ini tidak bermakna ianya akan bertahan lama.  
Secara umumnya jenis ini paling sesuai untuk kegunaan harian kerana aromanya yang kurang menyengat dan biasanya wangian dari jenis ini mengandungi 4-15% dari pati minyak wangi tulen.


EDC (EAU DE COLOGNE)
       Merupakan perkataan Perancis untuk bandar Köln.  Terdapat campuran tertentu wangian yang termasuk dalam kategori ini tertentu 'eau de cologne', Tekstur yang sangat ringan, menyegarkan dan kebiasaanya mempunyai wangian dari alam semula jadi.
Wangian dari jenis ini yang paling cair berbanding dengan jenis-jenis yang di atas. Lebih sesuai untuk kegunaan harian.  Minyak wangi jenis ini kebiasaanya mengandungi 2-5% dari pati minyak wangi tulen.

 

No comments:

Post a Comment

About

Flickr