HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI
Hukum memakai minyak wangi bagi sesetengah di antara kita ada
yang mengatakan haram sebab ada alkohol , dan ada yang mengatakan boleh sebab
alkohol ini bukan kita makan, kita Cuma sembur.
Saya ada
membaca di dalam satu blog di mana dia memetik dari jawaban-jawaban yang di
berikan oleh JAKIM tentang persoalan hukum
memakai minyak wangi.
saya
memetik dari tiga soalan dan jawapan yang di berikan oleh mereka tentang hukum
memakai minyak wangi dan terutamanya dalam pemakaian minyak wangi ketika solat
atau beribadat.
Soalan pertama.
soalan
nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar
mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membatalkan
solat, jadi apa hukum sebenar untuk
kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung
jika ingin dipakai ketika solat?
Jawabanya:
Hukum memakai minyak wangi
beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di
dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam
makanan.
Soalan kedua.
boleh ke
pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustazah yang
beritahu boleh?
Jawabanya :
solat mereka yang memakai
minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam
perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya
alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.
Soalan ketiga :
Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi
beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
Jawabanya:
waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.
semoga perkongsian ini dapat
memberi manfaat untuk anda semua dan menjawab persoalan anda tentang hukum memakai minyak wangi.
anda juga boleh melihat HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BAGI PEREMPUAN
anda juga boleh melihat HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BAGI PEREMPUAN
No comments:
Post a Comment