SEBAB
MENGAPA MINYAK WANGI TIDAK BERTAHAN LAMA
Cantik-cantik semua..segak-segak semua, tapi sayang....bau
badan busuk..tak sedap..kurang menyenangkan..padahal tadi masa hendak keluar
sudah pun menyembur minyak wangi dekat baju dan badan..
Ada sebabnya mengapa minyak wangi anda tidak dapat bertahan
lama.
Ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan semasa
mengaplikasikan minyak wang ke badan anda agar minyak anda bertahan lama
sepanjang hari.
Ada 8 perkara yang perlu anda tahu untuk mengelakkan minyak
wangi anda tidak bertahan lama.
Jangan
pakai minyak wangi semasa badan anda basah
Kebiasaanya kita memang memakai minyak wangi kita selepas
mandi kan.?
TAPI, jangan terus
dengan badan yang basah-basah ni anda sembur
minyak wangi anda. Pakai semasa
badan anda dalam keadaan yang lembab, BUKAN BASAH. Kerana bila badan kita lembab, kulit kita akan
mengeluarkan minyak semula jadi supaya
minyak wangi yang kita pakai lebih sebati dengan minyak yang terdapat pada
kulit kita.
Jangan
pakai minyak wangi lebih dari satu pada masa yang sama
Setiap minyak wangi mempunyai aroma dan keistimewaannya
tersendiri. Kalau kita menggunakan minyak wangi lebih dari satu, aroma
minyak ini akan hilang dan akan merosakkan ciri-ciri minyak wangi tersebut dan
boleh jugak menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Jadi, selepas ini,elakkan dari menggunakan minyak wangi di
badan dalam satu masa yang sama ye..
Jangan
pakai minyak wangi di tempat yang salah
minyak wangi akan berkesan pada bahagian kulit yang panas dan yang mempunyai pengaliran darah yang baik.
oleh itu, kenal pasti dulu tempat atau bahagian tubuh yang perlu anda kenakan
minyak wangi. Disini ada contoh beberapa tempat yang sesuai untuk anda sembur
minyak wangi anda.
jangan pakai minyak wangi dari atas ke bawah
selalunya kita pakai minyak wangi bagaimana.? Dari atas ke bawah
kan.?
Cuba kali ini anda terbalikkanya, mulakan menyembur minyak wangi
anda dari bawah ke atas iaitu dari pergelangan kaki ke atas smpai ke
belakang telinga. Cara ini akan dapat menguatkan lagi bau minyak wangi yang
kita pakai.
Jangan
pakai minyak wangi anda di baju.
Pakai minyak wangi di badan, bukan di baju. Selalunya
kita akan pakai minyak wangi selepas kita siap pakai baju semua kan.?, boleh
pakai, tapi saya tak galakkan, sebab kita nak kekal bau yang lama. jadi selepas
ini pakai minyak wangi dulu, sembur pada badan dulu, baru pakai baju.
Jangan
menggosok minyak wangi selepas pakai.
Kalau anda membeli minyak wangi yang jenis semburan (spray),
selepas sembur jangan gosok, ini
sebabnya molekul atau partikel-partikel kecil yang terdapat pada minyak wangi
anda akan pecah, seterusnya akan menghilangkan aroma minyak wangi. Sama juga
dengan jenis yang calit, atau rool on.sapu
dan biar, jangan gosok.
Ini adalah penyebab minyak wangi tidak dapat bertahan lama.
jangan pakai minyak wangi di tempat mana anda memakai barang perhiasan seperti jam dan gelang.
jangan pakai minyak wangi di tempat mana anda memakai barang perhiasan seperti jam dan gelang.
Anda dilarang keras
untuk memakai minyak wangi pada barang
perhiasan anda. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang perhiasan anda
akan mempengaruhi bau minyak wangi apabila bercampur. Jadi minyak wangi anda
tidak akan bertahan lama.
Selain itu, bimbang molekul-molekul
minyak wangi ini akan merosakkan barang perhiasan anda.
Jangan meletakkan minyak wangi anda di tempat yang terlalu panas /terlalu sejuk
Jangan meletakkan minyak wangi anda di tempat yang terlalu panas /terlalu sejuk
sebab yang terakhir mengapa minyak wangi tidak bertahan lama ialah cara penyimpanan minyak wangi anda. Cara penyimpanan juga perlu anda titik beratkan kerana kalau anda menyimpan minyak wangi di tempat yang tidak sesuai, akan merosakkan molekul –molekul yang menaikkan aroma minyak wangi tersebut.
Minyak wangi hendaklah di simpan pada tempat yang ya ng bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau sejuk
dan gelap. Jangan sesekali anda
menyimpan minyak wangi di dalam kereta anda. Kereta adalah tempat yang panas,
sudah tentu ini akan menjejaskan kualiti minyak wangi anda.
satu perkara yg saya tidak setuju iaitu letak minyak wangi di baju/pakaian. pd pendapat saya wangian yg di semburkan ke pakaian baunya lebih tahan lama dan biasanya baunya tahan berhari-hari. apabila diaplikasikan di bahagian2 tubuh biasanya tidak tahan lama atau bauan akan berubah.
ReplyDeletenegara kita ialah panas lembab dan tradisi makanan kita juga menyebabkan bau badan yg biasanya boleh merosakkan bauan minyak wangi. tips2 yg digunakan oleh negara barat hanya sesuai utk org barat tp tidak sesuai utk kita yg berhawa khatulistiwa.
kesimpulannya, pemakaian minyak wangi di pakaian adalah digalakkan dan terbaik utk org yg berada di zon iklim khatulistiwa atau panas lembab.